Blogger Layouts

Monday, 8 August 2011

: : SEJARAH TAJ MAHAL : :



Taj Mahal di kenal sebagai contoh karya arsitektur muslim India. Selain itu, Taj Mahal dikenang sebagai lambang cinta abadi Kaisar Shan Jahan untuk istrinya Mumtaz Mahal. Taj Mahal merupakan simbol cinta dan hasarat.

Taj Mahal dibangun Kaisar Mogul ke lima itu antara tahun 1631-1648 untuk mengenang, Arjuman Bano Begum, atau lebih dikenal sebagai Mumtaz Mahal.

Awalnya, Shan Jahan hanya menyebut masjid itu hanya sebagai makam Mumtaz Mahal, namun akhirnya berkembang menjadi Taj Mahal. Taj Mahal jika diterjemahkan berarti ‘’Istana Mahkota’’, sebuah perluasan dari nama Mumtaz Mahal yang berasal dari Persia.

Mumtaz Mahal meninggal di usia 39 tahun, ketika melahirkan anak ke-14 pada tahun 1631. Kematian Sang Permaisuri ini membuat Sang Raja begitu berduka. Sebelum meninggal, Mumtaz berpesan ‘’ingin dibuatkan makam yang tak pernah disaksikan dunia sebelumnya untuk mengenangnya’’.Jadilah Jahan kemudian mengerahkan 20 ribu tenaga kerja untuk menunaikan pesan istrinya itu.

Bahan bangunan didatangkan dari seluruh India dan Asia Tengah dengan menggunakan 1000 gajah. Dan berdirilah kubah utama setinggi 57 meter.

28 batu-batuan indah dari berbagai wilayah Asia digunakan. Seperti batu pasir merah dari Fatehpur Sikri, jasper dari Punjab, jade dan kristal dari Cina, batu pirus dari Tibet, lapis lazuli dan safir dari Srilanka, batubara dan batu kornelian dari Arab, dan berlian dari Panna. Lantainya pun terbuat dari pualam yang bercahaya dari Makrana, Rajasthan.

Tak seperti makam Mughal lainnya, taman Taj Mahal berada di depan makam. Latar belakang Taj Mahal adalah langit, sehingga Taj Mahal terlihat begitu gemerlap dengan warna. Komposisi bentuk dan garisnya pun simetris sempurna 







Sunday, 7 August 2011

: : wanita pertama masuk syurga =D : :



Saydatina Fatimah az-Zahra adalah satu-satunya puteri Rasulullah s.a.w yang mengasilkan zuriat untuk meneruskan ksinambungan keturunan baginda. Saydatina Fatimah berkahwin denganSaydina Ali bin Abi Thalib dan dikurniakan dua putera iaitu Hassan dan Hussein. 

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w membicarakan mengenai kenikmatan syurga dan orang-orang yang tinggal di dalamnya. Lalku baginda ditanya oleh Fatimah, siapakah wanita pertama masuk ke syurga. Maka baginda pun menjelaskan : “Wahai anakanda! Wanita pertama yang akan masuk ke syurga ialah Mutiah. Dia hanyalah perempuan biasa dan kehidupannya amat sederhana.” Mendengar kata-kata Rasulullah itu maka air muka puteri Rasulullah it uterus berubah. Lalu dikatakanya kepada ayahandanya : “Lantas, siapakah wanita itu wahai ayahandaku? Macamana halnya dan bagaimana amalanya sehingga dia dapat terlebih dahulu masuk ke syurga daripada anakanda?”. Lalu Rasulullah menyarankan puterinya itu untuk menziarahi rumah wanita tersebut yang terletak di Jabal Uhud. Saydatina Fatimah kemudian keluar untuk mencari wanita yang dikatakan akan masuk ke syurga terdahulu daripadanya itu. Setibanya di rumah wanita tersebut, beliau pun mengetuk pintu rumah tersebut. Wanita dari dalam rumah keluar sambil bertanyakan hajat kedatanganya, tetapi tidak pula dijemput Saydatina Fatimah masuk ke dalam rumahnya. 


Saydatina Fatimah menyatakan bahawa kedatanganya adalah untuk berjumpa dan berkenalan denganya. Wanita itu menjawab : “Terima kasih puan. Tetapi saya tidak dapat membenarkan puan masuk kerana suami saya tiada di rumah. Nanti saya minta izin daripadanya apabila dia balik. Silalah datang pada esok hari.” Saydatina Fatimah pulang ke rumah dengan perasaan sedih dan hampa kerana tidak dapat bercakap panjang dengan wanita itu. Keesokan harinya, Saydatina Fatimah datang lagi bersama dengan anaknya Hassan. Sebaik sahaja tiba di rumah itu, wanita dari dalam rumah tersebut membuka pintu. Namum belum sempat Saydatina Fatimah dipersilakan masuk, wanita tersebut terlihat anak lelaki puteri Rasulullah itu turut ada bersama, lantas wanita tersebut melarang Fatimah untuk menjejak masuk ke dalam rumahnya. Saydatina Fatimah menjelaskan bahawa kanak-kanak lelaki tersebut adalah anak lelaki nya, Hassan. Lalu wanita tersebut berkata : “Maaf puan, saya meminta izin daripada suami saya hanya untuk puan sahaja masuk, tidak termasuk budak lelaki ini sekali.”Saydatina Fatimah serba salah, kerana jikalau hendak pulang ke rumah semula jauh. Hendak masuk ke rumah wanita tersebut, tidak mendapat keizinan dari wanita tersebut. Akhirnya Saydatina Fatimah mengambil keputusan untuk pulang ke rumah juga. 


Keesokan harinya, Saydatina Fatimah datang lagi dengan membawa kedua-dua puteranya Hassan dan Hussein. Namun kehadiran Saydatina Fatimah kali ini benar-benar membuatkan wanita itu terkejut besar apabila mendapati ada seorang lagi budak lelaki yang belum diminta keizinan dari suaminya untuk masuk. Saydatina Fatimah terpaksa pulang dengan hampa untuk kali yang ketiga. Setelah si suami pulang, wanita itu memberitahu tentang kehadiran puteri Rasulullah bersama-sama dengan cucu baginda sekali iaitu Hassan dan Hussein. Si suami sangat terkejut dan berkata : “Kenapa awak tidak membenarkan mereka masuk? Bukankah Saydatina Fatimah itu puteri Rasulullah s.a.w dan dua orang anaknya itu cucu Rasulullah? Sepatutunya awak membenarkan ,mereka masuk, kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung kepada keredhaanya (Rasulullah s.a.w). Selepas ini, jika merek datang ke sini lagi dengan membawa apa pun siapa pun, terimalah dengan sebaik-baiknya dan hormatilah mereka dengan sebagaimana yang patut abgi darjat mereka.”Kemudian wanita itu menjawab : “Baiklah. Tetapi ampunkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak.”


Pada keesokan harinya, Saydatina Fatimh datang semula ke rumah tersebut dengan membawa kedua-dua anaknya. Mereka dilayan dengan sewajarnya dan mereka memulakan perbualan. Tiada apa yang menarik perhatian Saydatina Fatimah tentang perempuan itu. Sedang asyik berbual-bual, tiba-tiba wanita tersebut bangun dan segera mempresiapkan dirinya. Dengan penampilan mengghairahkan, wanita itu berdiri di muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menanti kedatangan seseorang. Di sebelah tangannya memegang tongkat dan sebelah lagi memegang segelas air minuman. Wanita itu juga menyingsingkan kainnya dengan hujung jarinya sehingga menampakkan betis dan sedikit pehanya beserta wajah tersenyum manis. Wanita itu langsung tidak menghiraukan Saydatina Fatimah, seolah-olah beliau tidak ada di dalam rumah tersebut. Fatimah berasa kurang senang dengan perlakuan wanita itu, lantas Fatimah bertanya kepada wanita dan inginkan penjelasan mengapa wanita tersebut berpenampilan sebegitu. Wanita itu mnjelaskan : “Puan, maafkan saya kerana tidak dapat melayan puan dengan sebaik-baiknya. Sebenarnya saya sedang menunggu suami saya yang akan pulang pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.”Lantas Saydatina Fatimah bertanya : “Apa gunanya tongkat dan air minuman itu wahai saudari?”.”Sekiranya suami saya dahaga sebaik sahaja sampai di rumah, saya akan segera menghulurkan minuman ini kepadanya. Tongkat ini pula untuk memudahkan dia untuk memukul saya sekiranya dia tidak berpuas hati terhadap layanan yang saya berikan kepadanya.” jawab wanita itu. Saydatina Fatimah bertanya lagi : “Kenapa pula puan menyelakkan kain sehingga menampakkan aurat? Bukankah perbuatan seperti itu haram?”Jawab wanita itu : “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini, tentulah menambahkan nafsu syahwatnya yang memudahkan kepada maksudnya.” Saydatina Fatimah mendengar penjelasan dari wanita itu dengan penuh hairan lantas berkata kepada dirinya sendiri : "Wanita pertama yang akan masuk ke syurga adalah Mutiah. Dia hanyalah seorang wanita biasa dan kehidupannya amat sederhana"Fatimah pun pulang ke rumah dan terus menemui ayahandanya. Beliau berkata : “Anakanda berasa sungguh sedih kerana tidak dapat meniru dan mengamalkan tingkah laku yang ayahanda ceritakan padaku.” Rasulullah s.a.w tersenyum mendengar rintihan Saydatina Fatimah . Faham dengan perasaan puterinya itu, baginda lantas berkata : “Anakanda, janganlah terlalu bersusah hati. Wanita yang anakanda temui itu ialah wanita yang bakal memimpin dan memegang tali kerendaan tunggangan anakanda ketika masuk ke syurga. Sebab itulah dia masuk terlebih dahulu.” Mendengar penjelasan itu barulah Saydatina Fatimah tersenyum kembali.

Saturday, 6 August 2011

: :Pray For PalestiN : :




Allahu akhbar, Allahu akhbar, Allahu akhbar !!!

Inilah seruan-seruan jihad yang dilaungkan pemuda-pemuda berani di negeri Isra’. Perjuangan yang tiada kenal erti putus-asa, tiada juga perasaan duka cita yang meragukan mereka. Semangat itu kini dibakar kembali dengan sokongan-sokongan dan perhatian dunia tertumpu kepada Asia Barat. Satu wilayah yang merakamkan ribuan kisah, merekodkan jutaan fakta sejarah, dan tanah ini juga menyaksikan terbinanya tamadun raksasa yang akhirnya tumbang dek kerana durhaka kepada Yang Maha Esa.
Negeri Isra’ itulah Palestin seperti mana yang telah dinyatakan dalam firman agong yang bermaksud:
Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar , Maha Melihat - al-Isra’ : 1
Di negeri inilah satu mukjizat agong telah berlaku. Isra’ wal Mikraj – satu pristiwa yang mengubat kesedihan Nabi langsung menerima satu teknologi komunikasi yang menghubungkan Sang Pencipta dan hamba-hambaNya iaitu SOLAT.
Namun, itu kejadian 14 abad yang lalu. Kini, tiada siapa yang mempeduli apa yang berlaku di negeri itu. Sedang golongan-golongan pelampau Yahudi sibuk dengan idea dan misi keji mereka- merampas tanah-tanah Palestin. Di negeri itu, rakyat mereka tidak menghitung hari. Apakah makna hari esok jika mereka mampu untuk mendapat anugerah Syahid pada hari ini ? Apakah makna hari esok jika habis semua harta dirampas ? Apakah makna hari esok jika hak-hak mereka dikhianati ? . Namun bagi mereka yang meyakini, apa yang ada pada hari esok, hanyalah satu kemenangan yang total.
Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat ). Orang-orang Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok “Gharqa” , kerana ia adalah pokok Yahudi . – Muttafaqun alaih
Palestin hari ini.
Dunia mula menyedari bahawa isu ini bukan lagi isu akidah tetapi sudah menjadi satu isu sejagat. Pencabulan hak asasi yang berlaku telah melahirkan satu entiti yang bersatu untuk memberikan rakyat Palestin setidak-tidaknya di Ghazzah hak-hak dan keperluan mereka. Jika kita menyangka hanya gajah , harimau, panda dan lain-lain haiwan yang diancam kepupusan akan lenyap, penduduk Palestin juga begitu. Namun, Allah itu Maha Berkuasa. “Genocide” yang cuba direncana oleh puak-puak Zionist seakan-akan satu usaha yang sia-sia, bak bara api ke dalam laut.


Bedoalah, bedoalah dan tolonglah BERDOA

Sedang umum mengetahui bahawa DOA ADALAH SENJATA SEOARANG MUKMIN, sedang itu juga kalian menhambil enteng hal ini. Bukan sahaja tidak berdoa, bahkan tidak cakna dengan hal ehwal saudara kita di Palestin. Maka, sewajarnya hal ini diperbaiki, sekurang-kurangnya, hadirkanlah mereka dalam doa kita sehari-hari.  Contohilah sikap burung kecil yang cuba memadam api besar yang ‘membakar’ Khalilullah Nabi Ibrahim alahissalam.
Masih adakah sinar di sana ?

Ya , sinar itu hanya menunggu masa, semakin lama semakin bersinar dan sinaran itulah yang akan menjadi titik tolak kemakmuran dunia ini di bawah kekuasaan Islam yang syumul
keberanian seorang anak kecil palestin.....






FREE PALESTIN

Friday, 5 August 2011

: : GURAUAN RASULULLAH S.A.W =) : :


RASULULLAH bergurau dengan nenek tua...
Rasulullah SAW pernah bergurau dengan nenek-nenek tua yang datang dan berkata, “Doakan aku kepada Allah agar Allah memasukkan aku ke syurga .”
Maka Nabi SAW berkata kepadanya, “Wahai Ummu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak dimasuki orang yang sudah tua .”
Maka wanita tua itu pun menangis.
Kemudian Rasulullah SAW memahamkannya, bahawa ketika dia masuk syurga, tidak akan masuk syurga sebagai orang yang sudah tua, tetapi berubah menjadi muda belia dan cantik.
Lalu Nabi SAW membaca firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (wanita-wanita syurga) itu dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al Waqi’ah: 35-37)


Moralnya, Rasulullah SAW, adalah orang yang suka menebarkan kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupan manusia. Walapun beliau menghadapi berbagai kesusahan yang bermacam-macm, namun beliau juga bergurau dalam batasan tidak bercakap sesuatu kecuali yang benar.
Selawat serta salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW

Thursday, 4 August 2011

: : Menjadi Tunang Orang tanpa Sedar : :

kite taw ramai yg xsedar tntang bnd ni kan??? actually kite pon bru taw..kebetulan tgk rncangan tnye ustaz..kite kongsi ilmu ni same2 k.....

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

 contohnyer cmni la...'sudikah awk menjadi istri sy ( venue: dlm kereta ) gf die pon jwb 'sy sudi' ( senyum malu2 hehehe) ermmm tp mne ad org tnye ayat skema cmtu kan...ayat zman skrg..'i sk kwn ngn u..xd u i  rse lost jer..xleh hidup tnpa u...nnti kite kawen nak???' gf die pon jwb 'i pon xleh hidup tnpa u..ok nnti kite kawen'..(sengih meleret+mate terkelip2)  so apekah hukum nyer???  



Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut. walaupon dlm tepon same jer hukumnyer...


cmne klo ade lelaki lain masuk meminang???

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika die sudah taw hal itu. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.




conclusion nyer...............


"Jangan samakan tunang dari segi adat dengan tunang dari segi syarak. Ramai di antara kita tahu tentang tunang dari segi adat; ada hantaran dan ada cincin. Sedangkan itu bukan syarat sah tunang. Cincin dalam pertunangan ibarat memakai jubah ketika solat. Ia bukanlah suatu kemestian untuk pakai jubah ketika solat, tetapi ia sudah jadi kebiasaaan. Itu sahaja. Tak ada jubah, tak bermakna tak sah solat."

Allah itu maha pengampun lagi maha pengasih

alhamdulilah....nmpak  bezanyer...dlu kite tgk die pon serabut..rantai+gelang+subang...ni tgk bersih jer....n teanag jer...smoga Allah memberi pertunjuk juga pd kite...=)

: : Azab untuk Perempuan : :

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.Baginda menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.
Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

* Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.


* Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

* Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

* Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

* Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

* Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.
Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. 

*Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis