Blogger Layouts

Wednesday 10 August 2011

: : kenapa ramadhan istimewa??? : :


Assalamualaikum dan salam ramadhan untuk semua umat Islam di dunia...bulan yang sangat2 dinantikan dah tiba..pagi tadi sahur apa?ke xsempat sahur?huhu..sahur ini penting..sahur lah yang membezakan puasa kita dengan puasa orang yg bukan Islam..dan kita DITUNTUT supaya sahur di akhir waktu dan berbuka di awal waktu...tak lah kita berlapar dan berhaus lama sangat..kan kan?jelas, islam itu tidak membebankan umatNya kan???

Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan doa diterima
Bulan lailatul qadar yang istimewa

Terngiang-ngiang bait2 lagu dari kumpulan hijjaz ini..istimewa kan jadi umat Islam ini?ada macam2 kelebihan..lagi2 dalam bulan Ramadhan ni...
  • Di dalamnya terkandung 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu malam lailatul qadar.
  • Sekiranya berpuasa dengan penuh keikhlasan akan diampunkan dosa2 yg lalu.
  • Pahala solat sunat sama seperti solat fardhu.
  • Pahala solat fardhu digandakan 70x.
  • Doa paling dimakbulkan iaitu sebelum berbuka puasa dan pada 1/3 malam.
  • Dibuka seluas2nya pintu syurga dan ditutup pintu neraka DAN dirantai semua syaitan2.
  • 1 bulan yg ada 3 fasa:-
fasa 1st: 10 hari pertama-fasa kerahmatan
fasa 2nd: 10 hari pertengahan-fasa keampunan
fasa 3rd: 10 hari terakhir-fasa kebebasan dari api neraka

Dulu waktu masih kanak2 ribena, saya selalu berfikir:-

"...dalam bulan Ramadhan semua syaitan dah diikat, jadi dunia akan bebas dari segala kejahatan dan kemungkaran, ho yeaaahh..."

tapi saya pelik..walau dalam bulan Ramadhan, tetap ada perkara2 yg sakit di pandangan mata dan didengari telinga berlaku..tapi apabila besar baru saya faham..yang diikat itu adalah syaitan..sedangkan yang selalu mempengaruhi perbuatan kita adalah nafsu yg memang sedia ada dalam diri..jadi xhairanlah jika kita dengar bulan Ramdhan ni bukan sahaja bulan mengawal makan dan minum, tetapi juga mengawal hawa nafsu..saya yang perempuan ini lagi takut sebab saya ada 9 nafsu..payah ohh nak kawal..tapi, kita sama2 usaha oke!

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 148:-

"maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebaikan"

jadi jangan peliklah bila kita tengok kawan kita yg tetibe pakai tudung, tetibe sembahyang, tetibe rajin bace quran dan tetibe baik semacam je..siapa yg xnak rebut pahala dalam bulan Ramadhan kan?seperti yg kita tahu, pahala setiap kebaikan yg dilakukan dalam bulan Ramadhan hanya Allah yg berhak beri..jadi jom kita ramai2 buat baik dalam bulan Ramadhan ini..DAN diharapkan kebaikan yg kita lakukan tidak hanya di bulan Ramadhan TAPI berterusan di bulan2 yg lain...=)


Saya tertarik dengan list mutabaah amal yg dibuat oleh hamba Allah ini..SILA KLIK LINK INI UNTUK DOWNLOAD ATTACHMENT..manusia ini mudah lupa kan?jadi xsalah kita tulis apa yg kita buat dalam seharian..moge2 list mutabaah amal ini membangkitkan semangat kita nak beribadah di bulan Ramadhan..

Setiap kali Ramadhan saya pasti berazam mahu khatam al-quran..tahun ini saya berazam yg sama cuma nak upgrade sikit..saya nak khatam 2x..saya kongsi sedikit tips nak khatam dalam bulan Ramadhan ini..

1 juzuk=10 helai
bahagikan 10 helai kepada 5 waktu solat kita
maksudnya 1 solat=2 helai bacaan
(2 helai x 5 waktu solat = 10 helai = 1 juzuk)
(1 juzuk x 30 hari =30 juzuk =1 Quran = KHATAM)

Tapi tips ini kurang berkesan pada perempuan..sebab perempuan ini ISTIMEWA sedikit..ada waktu 'cuti' dia..memang xboleh nak elak lah kan?huhu..tapi xpe..jangan jadikan ini sebagai alasan xboleh nak khatam dalam bulan Ramadhan..sekarang tengah musim cuti bagi mahasiswa kan?jadi memang banyak masa yang kita boleh manfaatkan untuk baca al-quran..tapi ingin saya ingatkan, janganlah kita terlalu kejar cita2 nak khatam tanpa menghayati bacaan al-quran itu sendiri..jangan tengok 'hafiz2 or hafizah2' yg memang dah hafal al-quran..dalam sebulan mungkin lebih 2x diorang khatam kan?kita buat ikut kemampuan diri sendiri okeyh?semoga azam kita untuk khatam tercapai.. ^_^


No comments:

Post a Comment