Blogger Layouts

Friday 5 August 2011

: : GURAUAN RASULULLAH S.A.W =) : :


RASULULLAH bergurau dengan nenek tua...
Rasulullah SAW pernah bergurau dengan nenek-nenek tua yang datang dan berkata, “Doakan aku kepada Allah agar Allah memasukkan aku ke syurga .”
Maka Nabi SAW berkata kepadanya, “Wahai Ummu Fulan! Sesungguhnya syurga itu tidak dimasuki orang yang sudah tua .”
Maka wanita tua itu pun menangis.
Kemudian Rasulullah SAW memahamkannya, bahawa ketika dia masuk syurga, tidak akan masuk syurga sebagai orang yang sudah tua, tetapi berubah menjadi muda belia dan cantik.
Lalu Nabi SAW membaca firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (wanita-wanita syurga) itu dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al Waqi’ah: 35-37)


Moralnya, Rasulullah SAW, adalah orang yang suka menebarkan kegembiraan dan kebahagiaan dalam kehidupan manusia. Walapun beliau menghadapi berbagai kesusahan yang bermacam-macm, namun beliau juga bergurau dalam batasan tidak bercakap sesuatu kecuali yang benar.
Selawat serta salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW

No comments:

Post a Comment